Wednesday, February 17, 2016

Tuesday, February 16, 2016

sunshine me


It's been a year and six days..
but your presence is becoming  more intense..
i wish you joy
in its utmost real sense 

Thursday, February 11, 2016

Tuesday, January 26, 2016

reading around : week 5

1. Macamlah dia tu baguih sangat, nak komplen orang. Hek eleh...



2.   Berpantang maut sebelum ajal. Beringat-ingat sebelum kena.


3.   Good or no good ? Feeling confused.

Image from Google Images

4.   Eye on TPPA. Usul akan dibentang di Parlimen. Najib says TPPA no means of colonization by US. Will you believe him ? Need to know more ? China is against TPPA. They say fools rush in where angels fear to tread. Hadi's thoughts here.

5.    Berita terpanas minggu ini tentulah mengenai AG yang kata Najib terlepas, takkan didakwa. Inilah berita paling lawak. Derma yang teramat rahsia. Penderma itu orangnya pun dah mati. Dead men can't talk, man ! Tun kata, quo vadis, Malaysia ? Aku kata, apa nak jadi Malaysia ? Datuk AKJ nampaknya prefer cara 'safe passage' kerana pada agakanku, dulu masa Anwar pun dia ada nasihat Tun biar Anwar lepas. Tak payah nak dakwa-dakwi. Betul jugak. Tengok betapa huru-haranya bila Melayu berbahagi sokongan antara Tun dan Anwar (depa sangka Anwar suci macam malaikat). Najib ni aku agak lain sikit. Tak dak sapa nak sokong dia, melainkan depa pemakan-pemakan dedak itulah. 






 I've been reading around, collecting materials. Whatever sticks, is reflected here. Better write something than not write at all.  



Thursday, January 21, 2016

tentang amarah


mulai hari ini
hanya ada tiga marah
marah kepada pemaksiat kepada Allah
marah kepada penyelewengan, rasuah oleh  mereka yang memegang kuasa
dan marah kepada si tua dungu itu
marah itu membara dalam dada
kuluah hanya dengan tutur yang kubilang-bilang

selain daripada itu 
tiada marah
anak-anakku adalah anugerah untukku supaya kukasihi
ibuku insan berjasa yang masih tinggal supaya aku sempat menabur bakti membalas budi
tiada marah
sesungguhnya tiada lagi marah selain yang itu-itu
yang ada hanya kasih sayang 
pandang mereka penuh rasa mesra
santuni mereka penuh kasih sayang 
hidup ini terlalu pendek untuk dilayan nafsu amarah

letakkan marahmu pada tempatnya
bukan kuhamburkan mengikut desakan emosi





Wednesday, January 20, 2016

Friday, January 15, 2016

Tuesday, January 12, 2016

menyusun seroja

sesungguhnya pekerjaan menyusun seroja itu berliku-liku
ada tempat berhenti terkilan
ada tempat berhenti melepas penat
sesudah tamat satu episod perang kecil
seroja mengorak langkah semula
apa lagi yang ada
cinta kasih pada watan, mahu diungkap dengan pena

Monday, January 4, 2016

Orkes Sinar Murni - Panggilan Haji.mpg

meniti memori

Arwah sangat sukakan haruman pandan. Dia buat bunga rampai bila ada kesempatan. Dia cari minyak atar seribu bunga. Akhir-akhir ini kenangan tentang dia menjadi terlalu jelas , dan amat menusuk. Kenangan tentangnya gerakkan aku untuk buat beberapa perkara yang dia pernah suka.

Alfaatihah.

Arwah. Cantik orangnya. Aku baru sedar, aku amat sayangkannya.

Tuesday, December 29, 2015

reblogged : hilang bentuk


"tuhanku dalam termangu
kusebut namamu biar sukar sungguh mengingat kau penuh seluruh" - Chairil Anwar

Sunday, December 20, 2015

and i'll be less cryptic too

Image from GoogleImages



and wordwise
will be less cryptic too
i'll try

Friday, December 4, 2015

New Year 2016 Resolution

Image is from GoogleImages


new year resolution is to eat one natural food a day. I count extra virgin olive oil a natural food.

And I start today, 23 days earlier, 23 natural foods in advance.

Monday, November 30, 2015

The Malay Catastrophe by Hanezam

Image from GoogleImages

Wait for its debut. With interesting episodes unfolding at the national and international fronts, there's so much to write about.

Wednesday, November 25, 2015

bunga taik

Image is from GoogleImages 



dah makin mengarut, kan ? 


Tuesday, November 24, 2015

cik profesor epal

Imej Cik Profesor Epal dari Google Images


Monday, November 23, 2015

taman

Image dari Google Images



sekali lagi ke daerah damai
titis-titis embun begitu segar
kenanga merimbun, daunnya menghijau
tenteram
sungguh kontras dengan bunyi hiruk-pikuk daripada  jalanraya berdekatan
sungguh aku ingin punya visi itu
membaca ayat-ayat suci itu daripada dimensi mana engkau berada kini
dari dalam alam barzakh melihat kepada
penatnya hidup di dunia
hidup ini mesti diteruskan
sisanya buat pengampun dosa

Sunday, November 22, 2015

tenang air di tasik

Image dari GoogleImages

  • Skandal rasuah menyerapi gentian masyarakat. Polis pangkat tertinggi pun tak terlepas. Harta anak yatim pun disonglap beratus-ratus ribu, kalau tak berjuta.  Kalau anda dilantik ke jawatan, hanya untuk mempertahankan onar mereka yang serakah itu, apa ertinya wahai pak lebai ? Tak guna kan, walau ijazah bergulung-gulung, research papers bertimbun-timbun, kan pak lebai ? Tertanya-tanya, ada lagikah yang masih suci bersih di kalangan mereka itu ? Yang percaya bahawa setiap sen yang anda songgelap akan disoal ? Oh, btw sudahkah anda dengar skandal dalam CCM (sebelum PRU lepas) ? Orang yang cuba mencegah mungkar dibuang kerja, diturunkan pangkat.  Apa nak heran kalau penyelewengan berleluasa. Kalau bos ko pun selamba ja songlap 2.6 bilion, ratus ribu tu apalah sangat, kan ?

  • Tengok gambar ini tiba-tiba rasa nak tulis sajak. Tengok dada Puan Puti Seno. Tengok muka baluci tu. Loyal lah sangat, kan ?  What's on Obama's mind ?   Percayalah satu sajak pedas sedang ditulis di sidang mindaku ini.

Monday, November 16, 2015

warna akhir zaman

Image from Google Images

keganasan
 menggunapakai nama Islam
agenda tersembunyi 
atau 
kesesatan totok ?

Tuesday, November 10, 2015

kasih menguntum

Image from GoogleImages

two souls motivated by two opposing goals can still work wonders. my groupmate (oh... why were  we grouped together ? I wonder) she wants to be the leader of the group she brags unashamedly of her yet unpublished papers her apple polishing nauseates me ..is it like that with all top-notch government servants ? still wondering ..

we'll get that A.

Friday, November 6, 2015

penyu pun menangis

Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (second left) with local leaders in Sandakan, pictured having dinner where one of the dishes on the table is turtle eggs. – Facebook pic, November 4, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/ismail-sabri-denies-eating-turtle-eggs-says-on-cholesterol-medication#sthash.oGTtLIND.dpuf   Image amek dari Malaysian Insider


Inilah jadahnya bila Pak Menteri sendiri, dan pembuat-pembuat ondong-ondong, depa tak de feel dengan ondong-ondong yang mereka junjong kononnya; makan dengan selamba sedang telur penyu (spesis terlindong) dihidang  depan mereka. Patutnya cameraman snap gambar masa depa sedang ngap telur penyu ni.. baru perggghhh... (nampak banyak ong ong kan ...)

jadahnya ? foto ini akan berlegar-legar di maya siber ini untuk seketika lagi; biar satu dunia tahu betapa prihatinnya pendokong-pendokong ondong-ondong kita.

Thursday, November 5, 2015

benarkah cinta ?

Image from GoogleImages: 2.6 bilion kuntum bunga pingitan

Najib masih tidak mahu jelaskan sejelas-jelasnya 
biar rakyat seantero pelusuk negeri faham
bagaimana RM2.6 bilion itu boleh masuk ke dalam akaunnya, 
siapa yang beri, 
kemudian mana pula ia pergi

Yang dia sibuk menghapdate lawatan sana sini, 
lancar itu ini, 
itu semua tak guna
selagi jawapan tidak diberi
selagi jawapan tak diberi
kami semua nampak songsang semua langkah Najib

rakyat tahap pemikiran macam aku akan tetap tanya
mengapa Najib tak boleh jawab
kenapa ?
kenapa ?
ia semudah itu untuk difahami, 
tak payah pakai penasihat yang kau bayar juta-juta
wahai Najib
sekurang-kurang,
tanyalah Tun M
apa nak buat sekarang ?
Aku tahu
Tun M kalau diberi peluang sekali ini
Tun mahu bunuh semua benih korupsi yang masih tinggal 
dalam sistem kini




Monday, November 2, 2015

makin habis


Jangan fikir RM2,600 juta ni makan tak habis. Di tangan orang serakah, banyak agenda mereka dengan jumlah ni. Banyak manapun RM2,600 juta itu lama kelamaan ia akan habis juga. Pada masa itu tiada siapa lagi akan kasi muka

Thursday, October 29, 2015

putar alam

GoogleImages


kasihan kan ? mereka yang mencari makan memutar kebenaran 
takde prinsip 
mendarah daging hasil putar alam



Wednesday, October 28, 2015

2.6 bilion kuntum bunga rumput

mungkin juga uwang RM2.6 billion itu sudah lesap
tak boleh surih lagi
kalau masih ada, di mana ?




macam bagus


Najib to answer RM2.6 billion in next Parliament sitting.So says the news.. Macam bagus kan ? Aku gerenti ini tidak akan berlaku. Kita tunggu...

Belum apa-apa, Azalina dah kata, Najib tak ble jawab soalan pasal donation. Hok aloh...

Monday, October 26, 2015

peramal tepat


siapakah yang paling tepat meramal politik semasa ?
dia, yang paling faham ayat-ayat Allah

Friday, October 23, 2015

bagaimana ingin kau mati ?

Google Images
aku ingin mati tika
daya aku telah habis mengharung badai hidup
aku tidak ingin menongkat langit

Thursday, October 22, 2015

pada apakah telah kubinasakan diriku ini ?


harap bagai nak ghak, Allah akan tolong
tapi usahamu tidak bersungguh
maka bagaimana ?


Wednesday, October 21, 2015

ke laut lepas

Image from Google Images
banting aku ke laut lepas
nanti kuajarkanmu
laut lepas itu punya hukumnya
meski tiada yang memegang daulatnya
ahhh... siapa paling cepat menggubal hukum

Monday, October 19, 2015

ke padang datar

GoogleImages
 berguru kepalang ajar 
bagai bunga kembang tak jadi

Friday, October 16, 2015

Wednesday, October 7, 2015

a dog's day

Google Images

Every dog has its day

Wednesday, September 30, 2015

Sunday, September 27, 2015

a paper to compensate 

mencari peruntukan


mencari provisi undang-undang
memartabatkan wanita dalam tenaga kerja
dan perhubungan industri




Monday, September 21, 2015

this raya haji


a reunion
a good book 
a broken heart on the mend  

Friday, September 18, 2015

tentang Haji Bakhil

tentang Haji Bakhil
hajinya tak mabrur
kalau mabrur, mengapa masih bakhil ?

Haji Bakhil mesti memperbanyak membaca surah ini
Ya Tuhan
peliharalah aku daripada sifat bakhil
selama-lamanya

Thursday, September 17, 2015

kekasih bisuku


birunya hatiku 
kekasihku bisu
kelu 

Friday, September 11, 2015

Thursday, September 10, 2015

Blues Gang - Jumpo Kawan Lamo


eh macam kona
kita ponah jumpo
ekau buek apo ?
tingga dokek mano ?

den kojo polis
dah 8 tahun
pangkat bolum naik
ingek nak balik kampung

buek apo balik kampung ?
sawah dah tak ado
gotah turun hargo
ramai orang tak kojo
takkan nak molopong
melangok kodai A Chong
lebih baik kau sabar
tunggu anak bosar

Donga kau penyanyi
terkona seluruh negeri
tentu  kau banyak luit
tapi kau jalan kaki ?

Cerita pun tak do guno
Kito ni jadi mangso
kojo bagai nak gilo
orang lain yang kayo

[Piano-Guitar-Angklung ? Trumpet ? Violin, Harmonica ?
Beautiful...]

buek apo balik kampung ?
sawah dah tak ado
gotah turun hargo
ramai orang tak kojo
takkan nak molopong
melangok kodai A Chong
lebih baik kau sabar
tunggu anak bosar

moh kito makan
porut dah bobunyi
bia den bolanjo
kita lamo tak jumpo

satu pekagho layi
bila kau balik cuti
harap kau takkan lupo
kirim salam orang tuo








Sunday, September 6, 2015

bangkai gajah

umpamanya menyembunyi bangkai gajah
bangkai gajah kalau nak ditutup
jangan hanya dengan sehelai daun
baunya 
dah satu dunia orang dah cium

Tuesday, August 25, 2015

Tun M, Sekali Lagi


kau tahu apa yang aku mahu ?
aku mahu Tun M sekali lagi
aku tak fikir Ku Li boleh
aku tak mahu Zahid
tak mahu tak mahu tak mahu !
aku tak mahu Hishamuddin
tak mahu tak mahu tak mahu !
aku juga tak mahu kerajaan uniti apa itu 

aku tak mahu dia si celaka jahanam itu
tak mahu tak mahu tak mahu !

kau tahu apa aku mahu ?
aku mahu Tun M, sekali lagi




Monday, August 24, 2015

di pondok kecil, dibantai ombak

Imej amek kat GoogleImages

Bolehkah Melayu hidup kalis politik ? Boleh kalau mereka hidup di hutan , makan hanya ikan sungai, sayur berulam pucuk-pucuk hutan, daging makan sekali-sekala, setahun dua kali. (Jawapan ini pun boleh disangkal, sebab dengan kadar pencemaran dan pemerkosaan hutan masakini, Melayu hutan ini akan terancam jua akhirnya anak-beranak).

Jawabnya tak boleh. Untuk sesuatu bangsa itu hidup kalis politik, mereka sebagai satu komuniti mestilah  mempunyai jaringan ekonomi persendirian yang padu. Mereka hidup berbelanja dengan faedah kepada faedah kepada prinsipal [yang tidak mereka usik, sebaliknya ditambah-tambah sepanjang masa].

(Coretan ini sepatutnya menjadi sebuah artikel yang bagus. Akan disambung, bergantung kepada keazaman tuanpunya blog yang unpredictable ini).