Saturday, August 22, 2015
Thursday, August 20, 2015
sayang itu, bukan mudah
imej dari Google Images
kalau Najib sayang negara
dia akan undur dan letak jawatan
bukan minta nyawa 20 tahun lagi
tahu bersudah-sudah
bukan biar RM terus berkuasa
dan biar RM (yang satu lagi) terus merudum
kalau UMNO sayang negara
mereka cari jatidiri dalam Perlembagaan parti keramat mereka itu
depa rehatkan Presiden penuh takzim
agihan derma itu anggaplah sedekah
kalau Pembangkang sayang negara
MP mereka akan bersatu padukan undi tak percaya
bukan menangguk di air keruh
biarkan negara terus dalam kucar kacir
sampai PRU akan datang
kalau Rakyat sayang negara
mereka bersatu ketepikan ideologi
mereka sanggah pemimpin tak betul
bukan menikus membisu berdiam seribu bahasa
macam tak apa apa
kalau Majlis Profesor sayang negara
mereka sumbang buah fikiran di media terbuka
tanpa takut hilang kedudukan
bukan bungkam di puncak menara
biarkan marhaen meneka nasib mereka
sayang itu bukan mudah
walau mudah diucap
zahirkan pendirianmu
tulis ia di dahimu
Lepas buat sajak ni, terbaca pagi ni Rafizi pun kata macam ni. Ni kasih sayang bersyarat namanya. Kan dah kata, sayang itu bukan mudah. Ada pula yang tanya "What can Dr M offer for Opposition to back BN". Even in times like this, we have to impose conditions.. tapi idea tentang unity government tu macam ok ... hmmmm...
Tuesday, August 18, 2015
reblogged: the dajjal dose
So as prophesized, living in the Dajjal era is inevitable. Surely a certain amount of the dose has to be determined. .
Thursday, August 6, 2015
tenggelam punca
Image from GoogleImages
atau dosa yang terlalu banyak
buat kita tenggelam punca
Ahhh.... warna-warna sombre pun indah ...
Monday, August 3, 2015
seroja mengorak langkah
Image from Google Images
Jiwa yang lemah dan lesu rasa 'refreshed' lepas baca posting terbaru posting DAKJ di sini. Kecewa dan hampa dek kerana sudah runtuhnya kepercayaan kepada demokrasi berperlembagaan di Malaysia raya ini.
Di luar sana, bebunga sedang mekar berkembang. Beburung sedang riang berkicau. Cahaya mentari yang memanah kulit seakan membisikkan harapan baru. Ada perjuangan yang belum selesai. Mungkin ini masanya untuk mengorak semula langkah, menyusun seroja.
Saturday, August 1, 2015
Tuesday, July 28, 2015
Monday, July 27, 2015
Friday, July 24, 2015
Thursday, July 23, 2015
penghargaan
mengenang mereka yang telah pergi
dan
menghargai mereka yang masih di sisi
sebelum mereka pergi
atau
kita yang dahulu pergi
Tuesday, July 14, 2015
Friday, July 10, 2015
Thursday, July 9, 2015
Tuesday, July 7, 2015
sebersit sinar
unappreciable, except to few
...
so when appreciation comes along
how do you react ?
you prostrate and shed tears
of joy and gratitude
...
so when appreciation comes along
how do you react ?
you prostrate and shed tears
of joy and gratitude
Friday, July 3, 2015
bapa borek anak tak rintik
hari ini spenda panglima bugis confirmed terlucut. kik ki ki !!!! Maka akan terdedahlah sebab-sebab kenapa keteloorlessness itu. Ha ha ha !!! Dengan pendedahan terbaru sarawak report yang paling menggemparkan. Yes !
Thursday, July 2, 2015
tajuk Orang Marah
Betulkah ayat-ayat Quran turun tetiber aje ? Tak dak sebab, tiba-tiba Allah turunkan ayat tentang Abu Lahab. Tetiber turun ayat pasai Abu Jahal. Tetiba turun ayat pasai Empayar Rom yang akan dikalahkan.
Pakai otak bro ! I yang tak pandai Omputih ni pun pandai pakai otak.
Wednesday, July 1, 2015
berita bergambar yang menggemparkan
Image from Google Images
Hari ini 14 Ramadhan. Che Jam akan buat kue raya untuk anak-anak, takut depa teringin. Kena plan daripada sekarang. Aku telah dinasihatkan memeluk dan mencium mereka. Sesuatu yang sampai hari ni pun aku tak tau macam mana nak mula. Lebih mudah bagi aku sediakan juadah yang depa suka. Boleh jadi juga kueh-mueh dan juadah itu jadi substitute yang baik untuk peluk-cium yang tak kunjung tiba.
Tuesday, June 30, 2015
all for You
And the foremost in the race, the foremost in the race
Those are they who will be brought near
Al-Waqiah (56) : Verses 10,11
How does one live this worldly life wholly and yet Allah regards him/her as the foremost running to Him ? He/She perfects her worldly deeds, his/her promises to fellow mankind, in return for Allah's pleasure, that's how. Whatever difficulties come his/her way, he/she faces it in full confidence and belief that all is from Allah and he/she carries out the task cheerfully.
Those are they who will be brought near
Al-Waqiah (56) : Verses 10,11
How does one live this worldly life wholly and yet Allah regards him/her as the foremost running to Him ? He/She perfects her worldly deeds, his/her promises to fellow mankind, in return for Allah's pleasure, that's how. Whatever difficulties come his/her way, he/she faces it in full confidence and belief that all is from Allah and he/she carries out the task cheerfully.
Monday, June 29, 2015
bunga cempaka dalam jambangan
Images from GoogleImages
Kita rakyat hanya tunggu sahaja kerana semua jentera dikuasai oleh Najib. Nak siasat, semua penyiasat ikut telunjuk Najib. Tak guna siasat. Wayang semata-mata. Ada satu cara saja nak jatuhkan Najib, tapi tak boleh tulis. Ko fikir sendiri ok ? XAJ tu pun bukan wayang ke ?
Siapa kata Najib bengap tak gheti. Banyak yang dia copy dari Tun M. Dari Pak Lah. Tapi untuk keuntungan dia, dan bukan keuntungan rakyat.
Cuba kita fahami ini; sovereign wealth fund baru seratus tahun lebih sikit sahaja digunakan orang. Ia bukan satu amalan kenegaraan yang begitu established. It is sure by trial and error. Hanya yang prudent dan diligent sahaja yang akan berjaya. Memanglah, sebab dia pelaburan. Tak caya tgk Singapura. Bila tengok negara arab punya SWF berbeliyonbeliyon, RM pun teruja. Semua nak pakai penasihat, sendiri tak nak nak faham operasi SWF tu. Semua risiko tu gantung kat tengkuk rakyat. Yang dia joli awai-awai. Ye lah, takkan nak tunggu 30 tahun ? Masa tu mungkin dia dah keok. Sebab tu la Khazanah saja tak cukup. Nak juga 1MDB. Sekarang tengok apa jadi ? Nak jadi macam Greece ? Nauzubillah.
Jomlah kita berjuta-juta rakyat Malaysia berdoa agar yang mungkar dibinasakan. Yang benar ditegakkan.
Sunday, June 28, 2015
bunga-bunga pingitan
Lama-kelamaan kesetiaan itu akan luntur. Bila kesetiaan tidak lagi mampu dibayar dengan wang ringgit. Kalau asasnya sendiri begitu berkepentingan diri, jangan fikir ia akan mampu bertahan.
Friday, June 19, 2015
tentang damai
Dalam bulan puasa ini even Najib pun post posting yang mulia-mulia no? Posting duduk bersimpuh atas sejadah, posting cerita dia solat dalam tenang dan dalam damai kat kampung mana ntah, etc etc. Itu hak dia la kan ? Ada lagi, posting pasal hari bapa. It's heart-melting you know.. Anyway, aku sikit pun tak cair. Aku kesian dekat Tun Razak. Ni nak bagi tau, dengag kata harga makanan kat bazar ramadhan mahai nak mampuih. Aku tak tau pasai kami masak sendiri. We have always been able to puasa without bazaar ramadhan playing a crucial role while at it. You can too, if you try hard enough. Aku puasa bukan atas konsep makan. Apa yang kami mampu buat pun dah mencukupi. Alhamdulillah. So far bebudak tu makan laju je..
Thursday, June 18, 2015
Tuesday, June 16, 2015
Monday, June 15, 2015
rahsia-rahsia Tuhan
GoogleImages
Maligne Lake,
Jasper National Park, Canada
part of the UNESCO Canadian Rocky Mountain Parks World Heritage site, one of 15 World Heritage sites in Canada.
Tuesday, June 9, 2015
Aloe
Aloe vera untuk ditelan. Setiap kali akan telan sebanyak tu ketui aloe vera. Pengiringnya air putih. Pahit bedengung, namun itulah ubat. Demi Allah, itu lebih kurela daripada haemodialisis.
Monday, June 8, 2015
my Tun Dr M
kita mahu Tun M bersara dan berehat
tapi dengan PM yang macam gitu
mana mungkin Tun M bersara dan berehat
dia bapa yang sejati
kami semua di belakangmu Tun
aku ingin Tun tahu
aku sampai sentap di Whatsap mempertahankan Tun
aku jadi sensitif kalau orang hamun Tun
memang Tun tidak sempurna
(aku sendiri ada sebakul bebelan tentang perkara-perkara
yang Tun harus ubah semasa dalam pentadbirannya,
sesuatu yang aku tidak bersalah sebab aku masih terlalu kecil
atau kanyiag pada masa-masa yang relevan itu)
tapi siapa lagi yang ada ?
Tolong habag mai
Wednesday, June 3, 2015
kisah si bebal yang kebal
apa jenis demokrasi yang kita amalkan, sampai si bebal begitu kebal belum dijatuhkan ? Agak pelik juga. Penjelasannya adalah, $$$$$$ dan tentunya RM RM RM ...
Tuesday, June 2, 2015
Saturday, May 30, 2015
Tuesday, May 26, 2015
these kindergartenly questions that nag ..
bunga
Soalan-soalan untuk profesor pujaan :-
- In the olden days, had it been perceived that a government should enter into business, do business with its people, make profits from that business ?
- If the answer above is in the negative, what principle of constitutional / administrative justice upholds the restraint ?
- If there is a clash of interest between govt and the people, whose interest will the government protect ???
- This 1MDB type of investment, which is shrouded heavily in secrecy, does it happen in any other modern state today ? Pls give examples.
- ...
Monday, May 25, 2015
Melayu hebat
Melayu hebat zaman ini
mereka hawin dan campak ke limbahan pemimpin mereka
yang lebong yang membohong
daulatnya mandat kami
hancur berkecai dia yang tak layak
bugiskah dia minangkah dia
kami apa peduli
kami buang dalam tong sampah
yang tak layak yang bengap
jangan berani tampil menagih kuasa
Friday, May 22, 2015
monolog ratu
Ada harapan yang bakal berkecai. Niat hati nak jadi ratu utama 22 tahun lagi. Dah jadi macam ni, kena angkat bungkus la gamaknya. Mudah-mudahan tak disumbat dalam penjara. Tak pun, kena buang negeri.
Apa pun, kita minum dulu.
Apa pun, kita minum dulu.
Tuesday, May 19, 2015
resah bunga-bunga
Ada segolongan netizen sepertiku punya resah membuku dalam dada. Hari-hari baca pasai tuduhan penyelewengan dalam pentadbiran kewangan kerajaan. Melihat sajakah, dan berputih mata? Bagaimana dibudayakan rasa tanggungjawab untuk menyoal mereka di pihak berkuasa ? Apakah kerana sibuk mencari sesuap nasi, maka kita biarkan mereka yang diberikuasa berbuat sesuka hati ? Pilihan yang ada tidak banyak, malah tidak ada, kerana pilihan yang ada bererti berkongsi kuasa dengan lawan, yang punya agenda dan psyche tersendiri.
Friday, May 15, 2015
Thursday, May 14, 2015
Tuesday, May 12, 2015
aku temanimu sampai kamu dewasa
Tuhan, berilah aku cukup tenaga.
Aku tangguhkan hasrat melayar dan dibanting ombak tujuh lautan itu, sampai masanya tiba untuk kamu sendiri punya sayap untuk terbang menakluk langit.
Aku tangguhkan hasrat melayar dan dibanting ombak tujuh lautan itu, sampai masanya tiba untuk kamu sendiri punya sayap untuk terbang menakluk langit.
Jumpa group WA yang sangat menghilangkan stress. Kena hati-hati juga jangan sentap-sentap. There are times to get so involved, there are times to free myself of it. Seronoknya. I feel whole and complete in a sense.
Wednesday, April 29, 2015
Tuesday, April 28, 2015
Monday, April 27, 2015
Thursday, April 16, 2015
jom ngok ngek
salah satu cara menyelesaikan masalah adalah melupakannya seketika
esok kau bangun
kau rasa alah tak apa-apa
cubalah..
Monday, April 13, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)










































.jpg)



