Monday, December 31, 2012

Arahan ini ditujukan kepada lembu yang boleh memandu



Apabila menulis ke laman umum yang global sifatnya, adalah perlu untuk memastikan kekuatan mental dan emosi untuk perkara berbangkit lewat tulisan itu. Tulisan kita mungkin membangkitkan kemarahan pembaca, yang mungkin juga berkemuncak dengan babak yang memalukan. Jika kita masih mahu ke laman itu, kita mesti membuat pembaikan dengan membuat penjelasan dan memohon maaf. Sehingga itu tercapai, gangguan mental dan emosi boleh membelenggu kita sehingga kita jadi statik. Jika kita tidak sanggup memohon maaf dan membuat pembaikan, eloklah kita menghilang ke angin  lalu sahaja.


No comments: