Friday, December 14, 2012

Dia Rasul, Pembawa Utusan Allah

Bagaimana mungkin seseorang mengenepikan Rasulullah sedang dia ingin memahami al-Quran ?

Kepada orang yang sebegitu, aku ingin bertanya soalan-soalan  seperti ini :

  • Kepada siapakah Al-Quran diturunkan ?
  • Jika jawapan kamu untuk soalan di atas adalah, Muhammad Rasulullah saw, maka siapakah yang paling faham tentang isi al-Quran itu ?
  • Kepada siapakah Rasul ajarkan ajaran dan fahaman dari kitab itu ?
  • Jika jawapanmu untuk soalan di atas adalah para Sahabat, maka selain Rasulullah siapakah lagi antara kita manusia yang lebih faham akan isi al-Quran itu ?
Apa maksud kamu, kamu berupaya memahami al-Quran itu dengan membacanya sahaja tanpa disyarahkan kefahamannya ? Aku katakan, kamu orang yang bongkak.



No comments: