Tuesday, January 22, 2013

Bawah Rumpun Bambu - Bhgn II

Biji getah berbeza rupa dan bentuknya mengikut benih pokok getah itu. Ada buah getah yang lonjong bentuknya, ada yang macam ungu sedikit warnanya. Ada yang kulitnya keras, ada yang lembut sahaja, tidak sesuai dibawa pertandingan katok buah getah dengan tangan yang aku storykan dulu.  "Katok" tu maknanya pukul. Macam-macam aspek lagi boleh distory pasal rupa bentuk sebiji biji getah.  Khabarnya, isirong biji getah ini dikumpul dan diambil orang untuk dibuat minyak masak. Entahlah betul ke tidak. Setahu aku isirong biji getah ini baunya busuk tengik dan memeningkan kepala.

Kali ini kita nak cerita pasal produk pokok getah pula. Pokok getah ditoreh untuk memperolehi susu getah. Yang paling mahal adalah susu getah segar (latex). Aku agak, getah sekerap (yang baunya busuk yagmat) rendah sedikit harganya. Susu getah dikumpul pada hari yang sama ia ditoreh. Ngkorang tahu kan, susu getah yang mengalir ditadah dalam pasu tanah liat (zaman dulu la. La ni tak tau macam mana depa buat). Lepas tu dikumpul dan dimasukkan dalam tin aluminium/ayan(?) yang besar. Jap nak google ada ke tak gambar tong susu getah tu.
Foto dijumpa lewat Google Image
 
Ha, ngkorang nampak tak dua  bekas dengan satu penutup di antar dua bekas itu. Itulah tong susu getah zaman dulu. Dulu, orang kumpul susu getah untuk dihantar ke stor pengumpulan, pakai tong itu lah. Ni nak story pasai tong susu getah tu.
 
Ayah aku kerjanya membaiki motor dan basikal di kampung kami. Orang panggil Ayah aku Pomen. Pomen adalah perkataan Melayu kampung untuk istilah Inggeris 'foreman'. Bengkel ayah betul-betul di kepala simpang tiga, mengadap pejabat Felda. Boleh dikatakan dulu-dulu, bengkel ayah adalah antara tempat pusat perbincangan politik semasa penduduk Felda itu mencakupi isu-isu seantero dunia dan negara. Patut ditambah di sini, Ayah biasanya mendengar sahaja bila orang sembang politik. Ayah bukannya orang yang suka tunjuk-tunjuk pandai. Selain bengkel Ayah, tempat-tempat lain pun ada juga sebagai pusat perdebatan. Misalnya kedai kopi Pak Long No Ten. Sebenarnya 'Pak Long No Time', sebab dia sikit-sikit asyik cakap "no time, no time !"
 
Kalau kami nak berjalan kaki ke sekolah, balik dari sekolah atau pi ke kedai untuk barang-barang dapur, kami akan lalu depan bengkel Ayah. Kalau kami berjalan ke kedai mata Ayah akan sentiasa awas memerhatikan kami. Jadi, janganlah cuba-cuba nak buat lawak kat jalan tu.
 
Akan disambung : intipati sambungan nanti adalah tentang kasih seorang ayah kepada anaknya yang berbekas membawa ke zaman tua anak.
 

No comments: