Thursday, January 3, 2013

makan-makan di akhir zaman


Selepas lebih 300 tahun tidur di dalam gua, ashaabul-kahfi itu pun terjaga. Maka mereka pun terasa lapar. Lantas, mesti ada yang keluar ke kota untuk dapatkan makanan.

Maka apakah pesanan salah seorang daripada mereka kepada yang akan keluar mendapatkan makanan itu ? Katanya, "hendaklah engkau perhatikan yang mana makanan yang lebih bersih, maka datangkanlah akan kamu dengan rezeki daripadanya, ...."

Di dalam keadaan lapar yang ekstrim, (iaitu selepas lebih 300 tahun nyenyak tidur), mereka masih saling berpesan-pesan tentang mendapatkan makanan yang baik, yang bersih.  Maka apakah halnya kita ?

Kita makan apa sahaja tanpa kawalan. Hidup dalam zaman makanan serba terproses, kita tanggung akibatnya bila kita biar zaman yang tentukan corak pemakanan kita.
 

No comments: