Monday, February 25, 2013

ingatan yang padam

 
 
Masihkah kamu ingat nama kawan kamu yang pertama bila kamu masuk darjah satu, atau tadika ?

Aku tidak bersekolah tadika. Aku masih ingat kawanku yang pertama bila masuk sahaja kelas darjah satu. Namanya Shahidah Mohd Noh. Dia ni macam brutal sikit. Aku masih ingat, perkataan jahanam (dalam bahasa Kedah masa itu, jahanam maksudnya rosak) dia sebut "jeghanam". Senyum. :-) Aku tak lama berkawan dengan Shahidah. Tidak lama selepas itu, Cikgu Osman rombak tempat duduk. Cikgu pindahkan aku ke depan, dekat dengan meja guru. Kawan aku sebelah meja (meja kami melekat, dua-dua) ialah Min. Blog Min ada dalam blogroll aku. Min adalah anak cikgu sekolah aku juga. Masa darjah dua pun, aku duduk depan jugak, sebelah Min juga. Cikgu kelas kami masa tu adalah Cikgu Hashim. Dia ni pakai serban. Minyak atar dia bau semerbak, kuat. Cikgu Hashim ajar English. Cikgu Hashim dok di Pendang. isterinya adalah ustazah sekolah kami. Dulu-dulu ustazah pakai tudung tiga segi ikat kat leher  yang jambul terkeluar tu. Kalau tak silap nama dia Ustazah Saodah.

Oh ya, masa aku darjah satu, Cikgu English adalah Cikgu Hindun. Cikgu Hindun juga adalah cikgu ayah aku, masa ayah bersekolah di Tikam Batu. Cikgu Hindun garang giler.

Yang menariknya, bila aku mula-mula masuk sekolah dalam tingkatan satu, kawanku yang pertama juga namanya Shahidah. Shahidah Shaari. Orang Gunung (nama satu tempat dekat Alor Setar). Sekarang dia bekerja di Alor Setar. Bayangkan, suatu hari, aku telefon ke tempat dia bekerja. Tiba-tiba yang jawab panggilan aku itu adalah dia, dan aku masih boleh kenal suaranya lantas terus meneka dia, selepas lebih 20 tahun kami tidak pernah jumpa. Magika sungguh rasanya.

Baru-baru ni aku beli roti canai. Kami sekeluarga memang tau anak penjual roti canai tu satu kelas dengan Laula masa depa tahun satu. Lepas tu Laula dah naik kelas perdana. So aku saja berbasa-basi dengan budak tu yang tolong ayahnya jual roti canai tu. Aku tanya, kamu satu tahun dengan Laula, kan ? Sekarang depa umur 11 tahun lebih. Budak tu kata, tak kenal pun Laula.

Bukan semua orang simpan kenangan lama kejap-kejap dalam ingatan depa, kan ?

No comments: