Fatin ertinya cantik sehingga memfitnahkan. Maksudnya cantik sangat-sangatlah tu. Aku fikir orang-orang cantik tahap ini senang ketemu jodohnya, ya tak ? Catatan yang aku nak blogkan ini adalah tentang Fatin Nadya yang tanpa kemahuannya terketemu jodoh dek kerana kecantikannya yang memukau itu.
Aku tidak fikir kes kahwin paksa masih boleh berlaku dalam negara kita. Setiap negeri mempunyai peraturan dan undang-undang keluarga Islam masing-masing yang mana syarat-syarat tertentu perlu dipenuhi sebelum pasangan itu dinikahkan. Namun dalam bab munakahat ada dibincangkan tentang siapa yang dinamakan wali mujbir. Wali mujbir bagi seseorang anak dara (virgin ie gadis ie perempuan yang belum pernah dinikahi) adalah bapanya atau datuk sebelah bapanya. Mazhab syafie berpendapat seseorang anak dara boleh dinikahkan tanpa kerelaannya oleh wali mujbirnya. Aku perlu menyemak lebih lanjut undang-undang tentang ini. Apa yang kutulis sekarang betul-betul tanpa sebarang rujukan. Oleh itu, aku pasti buat pembetulan kalau ada kesilapan statement di sini.
Kalau ada perlanggaran prosedur undang-undang keluarga Islam namun hukum (nampaknya) membenarkan, apa tindakan anda ? Yang mana satu nak ikut ? Agak kompleks tau. Fatin, Fatin ! Kecantikan tidak semestinya bawa bahagia. Tidakkah anda pun berfikir begitu ?

No comments:
Post a Comment