Saturday, April 6, 2013

Makanan Nostalgia

Hari ini kita nak cerita fasal makanan yang kita biasa makan sejak zaman kanak-kanak. Semasa kita kanak-kanak, deria kita sangat tajam menancap rasa. Sampai sekarang kita masih teringatkan sedapnya milo yang emak kita bancuh untuk kita semasa kita kecil-kecil. Atau karipap yang emak kita buat di rumah. Semasa kita kecil-kecil, kita jarang membeli makanan luar. 99% makanan kita disediakan di rumah, kan ?

Hanya sekarang ini sahaja, keusahawanan orang Melayu telah dipertingkatkan berkali-kali ganda. Ia memang benda yang bagus. Hanya ada satu aspek sahaja yang aku rasa tak bagus, iaitu, orang yang tak pandai masak pun nak berjual makanan.  Buktinya, engkorang tengoklah, masa bulan puasa, bukan main ramai lagi orang start berniaga. Alahai, berapa ramai orang tertipu. Semasa kita puasa, selera kita menggila, semua makanan kita nampak macam sedap. Kita pun beli. Bila makan, ya Allah ! Sakitnya hati kita. Rasa macam nak cekik je penjual makanan tu. Sebab tu kami cuba seboleh-boleh masak sendiri dalam bulan puasa. Ajaibnya, dalam bulan puasa, letih macam mana pun, masih kuat untuk menyediakan makanan.  Biarpun simple giler, tapi kami berbuka dengan penuh rasa syukur.

Aku punya falsafah perniagaan makanan ialah 'leave it to the pro'. Misalnya kalau kita tak biasa makan laksa utara, atau tak pernah tahu bagaimana rasanya laksa utara yang sebenar, atau tidak ada idea langsung apa yang dikatakan laksa utara itu, jangan cuba-cuba berjual laksa utara. Nak cerita bagaimana rasanya laksa utara itu, kamu kena pi ke  Kedah ka, Perlis ka, cuba rasa macam mana laksa yang orang tempatan sediakan untuk jualan. Sebab kita dah biasa makan laksa sejak kecil, kita ada high expectation terhadap rasa laksa yang dihidang di depan kita.

Kisah Laksa Che Jam : Masa aku dalam tingkatan 5, cuti dua minggu, mak aku bersalinkan adik aku Hapit. So aku jaga mak dalam pantang. Raya Haji pun masa tu juga. Aku masih ingat, tahun tu ayah kekurangan duit. Kak Ani baru sahaja masuk Asasi Sains.  Kami tak buat apa-apa kuih raya yang biasa. So, aku tanya Mak apa kuih raya yang murah bahan-bahannya. Mak cakap, kuih bakar dan kuih bakar kacang. Berpandukan arahan mak, aku buat dua kuih itu. Tak de la jadi sangat, tapi bila dihidang orang makan. Hari Raya mak suruh aku buat laksa. Mak kata laksa aku lulus sebab Wan Tok Bakag yang mai ziarah mak beranak makan laksa tu bertambah. Wan Tok Bakag ni, dia takkan makan makanan yang tak sedap. Itu tabiat dia.

Ni nak bagi tau, selama bertahun-tahun aku kat Seremban ni, tak pernah sekalipun aku jumpa laksa utara yang sedap. Semuanya tak jadi, silap konsep, entah apa-apa. Tak gheti nak buat laksa, ada hati nak jual laksa. Aku cukup geram. Rasa macam nak ambik kuah laksa tu siram kepala penjual tu. Oleh itu, kalau nak sangat makan laksa, kami akan buat sendiri. Begitu juga cucur badak, pulut udang (orang sini panggil pulut panggang kot). Kalau tak larat buat, toksah makan langsung.

Kredit : Dekat rumah aku ni ada orang buat jual tepung bungkus. Rasanya sangatlah authentic. Aku ingat pembuat dia adalah orang Kedah. So, kalau teringin aku akan beli tanpa was-was.

Begitu juga makanan daripada negeri-negeri lain. Orang Negeri Sembilan pandai masak kole kacang. Aku tak pernah jumpa kuih kole kacang di Kedah. Kita kena puji, sebab rasanya sedap. Begitu juga nasi Kerabu. Orang Kelantan sahaja yang pandai buat. Dekat rumah aku ada Nasi Kerabu Mek Na. Sangat sedap. Satu lagi, yang depan Pasar Ampangan. Dia jual tiap-tiap hari kecuali hari Isnin.  Sangat sedap, berbeza daripada Mek Na, tapi juga sangat sedap. Kita yang tak pandai nak sediakan makanan negeri-negeri lain ni, tak payah lah penat-penat nak buat sendiri. Baik beli je lah. Boleh juga tolong depa yang menjual dengan konsep yang betul tu, ye tak ? Kecuali yang aku suka sangat-sangat, aku akan belajar buat. Iaitulah ketupat nasi dan kuah lodeh dengan kuah kacang. Rasanya dah dekat sepuluh kali raya aku tak miss buat benda ni. Sampai ada yang sangka aku nak kahwin dengan orang Johor, patutla pulun buat benda alah ni. Menantu Mak yang konon dari kecik buat lodeh tiap-tiap kali raya pun, tak boleh harap lodehnya.

Sekianlah sahaja cerita makanan kali ini. Lain kali kita cerita lagi pasal makanan dari aspek yang lain pula.
GAMBAR DARI GOOGLE IMAGES

No comments: