Friday, May 3, 2013

biarlah rahsia

Hari Ahad ni orang mengundi. Kami pun mengundi. Tapi undi apa, biarlah rahsia.

Kenapa mesti rahsia yek ? Tak masuk akal betul. Apa perlu dirahsiakan afiliasi politik seseorang ? Takut kena buang kerja ? Takut hilang job ? Ish ish, tak masuk akai betui. Kalau kita semua hidup dengan bertamadun, kita boleh bergaul dengan sesiapa sahaja termasuk yang tak sekepala dengan kita dari segi politik. Sekali-sekali bertekak apa salahnya. Asal jangan sampai hayun kapak, hayun golok sudahlah.
 
Selamat Mengundi Satu Malaysia ! Sapa tak mengundi nampak di jari. He he he..

No comments: