Friday, July 19, 2013

cahaya di hujung terowong

Baru saja orang berkira-kira tentang kecil-besar ujian di sini. Tentang cahaya orang besar. Tentang ujian-ujian kecil yang tak boleh diremehkan. Lalu dengan segera Allah datangkan satu ujian besar. Istimewa pula di bulan Ramadhan. Dua Ramadhan berturut-turut kiranya Allah menguji kami. Aku tidak pernah tahu aku boleh jadi sebuntu seperti kali ini.  Kiranya Ayah begitu istimewa dalam hatiku. Kalau seseorang itu istimewa bagi kamu, kamu tidak ingat lagi yang tidak baik tentangnya. Kamu hanya ingat yang baik-baik tentangnya. Kamu hanya mahukan yang baik-baik untuknya.  Kalau ada air mata yang menitis ia kerana luka di hati melihat peritnya Ayah menanggung ujian.

Ya Allah, kasihanilah Ayah.

No comments: