Pernahkah satu pengalaman menggoncang iman membina satu institusi pengajian dalam diri? Ya, mungkin. Aku bahkan melihat dunia ini dengan satu pandangan baru, dan dirangsang dengan azam dan tekad yang baru. (Jika ya shisha, mengapa tidak yang lain-lain ya Majlis Fatwa ?) Aku ingin ia berkekalan hingga saat aku mati. Perhalusi hakikat pengembara dalam hidup ini. Pengembara yang sentiasa bersedia dengan beban muatannya. Aku anak yang dilapangkan, mahu berada di sisi mereka pada saat mereka paling mengharap. Bukankah di situ ada laluan ke syurga Dia ?
Nuzul Quran yang sangat bererti hingga tidak sayugia untuk tidak diabadikan dengan satu tampalan. Ayah mula berbicara malah mula meminta itu dan ini. Siapa yang paling gembira ? Akulah.
Yang benar,
Cinta
No comments:
Post a Comment