Saturday, August 17, 2013

rindu ini menulis



Ingatan akan selalu mengimbau ke daerah ini. Fikirkan Emak yang sedang lalui hidup tanpa Ayah. Bolehkah Emak menahan sunyi ? 

Kalau aku balik kampung, ini spot kegemaranku, sama ada untuk membaca atau blogging. Desa ini sunyi sebab semua anak-anak generasiku berkampung di bandar. Kalau aku rajin, aku akan bersihkan sekeliling setakat mampu. Kalau tak, dok reading bermalas-malas aje lah. Rasa tenang, nyaman, takde tekanan. Sekarang rasa rindu pula nak balik kampung.

Kalau kau orang perasan, 'fountain' yang kat  depan rumah tu bukannya kekal. Itu kegagalan seseorang mengurus paip air ke rumahnya. Masa amek gambar ni, baru lepas hujan. Kereta putih tu pun bukan feature kekal. Kereta sape entah hantar ke bengkel Ayah. Tak muat di bengkel, bawa balik simpan kat rumah. Sekarang ayah dah takdak. Adik lelakiku Yusri ie  si Bang Yus yang Macho itulah yang kini warisi bengkel Ayah. Aku harap dia akan majukan kedai itu untuk anak isterinya pula.

Aku impikan satu penghidupan damai seperti ini. A quiet life, and a quiet Raya every year. Rasa-rasanya, akan tercapai kot. Aamiin.  

No comments: