Monday, September 16, 2013

pontianak setangkai bunga




Ini adalah tangkai sundal malamku yang pertama. Dulu tidak kusangka sundal malam tumbuhan jenis macam lili. Gambar-gambar diambil pada 02/05/2013. Aku membeli benih pokok ini di dalam polibeg, dengan harga RM12. Hasrat hati, nak biakkan pokok ni, biar ramai yang dapat tanam. Kalau tak kerana filem oleh Shuhaimi Baba itu, aku pun mungkin tak perasankan tumbuhan ini. Bau wanginya lembut, sepoi-sepoi pada waktu malam. Kenapa sundal malam yek ? Sebab wangi macam sundal pada waktu malam kot, semasa sundal itu tengah solicit for clientele ? Kalau aku mampu, aku akan namakannya semula. Pontianak Melewag, ok tak ?

Tangkai bunga ini patah selepas beberapa hari. Mungkin terlalu berat untuk ditampung oleh batang yang kecil. Atau, adakah aku kena petik awal-awal ?

Bila aku kembali dari pengembaraanku yang jauh, pokok ini sudah hampir mati. Mujur masih ada bawangnya dalam tanah buat meneruskan zuriat. Sekarang ini sundal malamku sedang berjuang lagi untuk kelangsungan hidup.

No comments: