Thursday, October 10, 2013

akulah kura-kura itu

akulah kura-kura itu
aku teruskan perjalanan
sedang emosi kutolak ke tepi
kekadang badai dan taufan melanda
aku berhenti sebentar untuk berteduh
bila taufan itu telah reda
aku teruskan perjalanan ini
emosi kutolak ke tepi
yang ada dalam mindaku ini
adalah hanya pengharapan
bahawa di depan
ada rahmat dan pengampunan
ada hisab yang mudah
kabulkan ya tuhan

No comments: