Hari ini nak tulis sedikit tentang Noam Chomsky. Dalam kesibukan ini, sempat lagi Che Jam nak mengeblog. Ha, kau.. Google-googlekanlah makhluk ini. Ada banyak perkara yang berlegar-legar di mindaku kini, tentang si Chomsky ini. Sebab aku malas nak mengarang, kuringkaskan seperti berikut :-
- kenapa ek, bila tengok imej dia ni, yang aku terbayangkan adalah The Professor dalam Tuesdays With Morrie tulisan Mitch Albom ? Sebab ada banyak persamaan dua watak ini. Kedua-duanya Yahudi. Kedua-duanya berasal emigran ke US. Keduanya telah melalui Perang Dunia Kedua. Keduanya kononnya macam tak de agama. Atau menampakkan pluraliti tentang keagamaan.
- kenapa ek, Noam Chomsky ini dibiarkan hidup oleh the powers that be, walhal ngkorang tahu-tahu sahajalah berapa ramai yang lain dibunuh-bunuh dek kerana kefahaman yang mereka sebarkan ?
- begitu dahsyatnya ahli linguistik ini sampai jadi otoriti dalam disiplin lain-lain yang tak de kena-mengena dengan linguistik. Kau namakan aja isunya. Ambil satu pakar linguistik di Malaysia, boleh dia bagi tahu engkau tentang WTO, tentang US terrorism, tentang GST, tentang sistem dua parti. Tentang ASEAN EC, tentang food security. Apa depa tahu ? Depa hanya tahu menulis dengan bahasa jiwang berbunga-bunga. Tentang syahdunya dinihari yang sepi. Ya ampun..

No comments:
Post a Comment