Friday, October 18, 2013

sketsa raya haji

Mencari kitab tiadalah berjumpa
Tuan toko mahu berqurban agaknya


yang ini ada dijual di Pekan Rabu
ilmu hebat pengarang hebat
jadi kajian orang-orang pondok


sudah rembang petang
barulah berkira-kira bertungkus di dapur
nyiur diperah pulut ditanak
Emak juara membalut ketupat
terkial aku masih belajar
memang lembap
ketupat dibalut tidak kejap
bila dijerang balutannya rungkai
juadah tradisi takut pupus di jari-jemariku

ketupat semangat anak-anak

tangan menggeletar pulak bila amek gambar ini

Cuaca hujan memanjang
petang raya baru dapat bertandang ke rumah Ayah
sudah sempurna dibatutandakan
puding pun sudah nak merimbun
susun kelapa ceria memutik bunga



hujan semalam dari cucur atap
dangau orang bertahlil jiran ayah


tanah lapang itu 
pasti akan nampak berubah
 bila aku kembali lagi
nanti

bahawa aku rindu
putih-putih susun kelapa di tanah perkuburan itu
semua mereka tahu




No comments: