Tuesday, October 29, 2013
why this sonnetto ?
Malam tadi bila dengar lagu ini air mataku tumpah berderai-derai. Aku sungguh-sungguh teringatkan Ayah. Teringatkan hari-hari terakhir bersama Ayah. Aku masih terasa eratnya genggaman tangan Ayah. Sepatutnya aku bacakan untuk Ayah Al-Fatihah dan surah-surah, zikir-zikir dan doa-doa yang kuhadiahkan untuk Ayah.
Ayah bukannya hitam manis. Ayah kulitnya cerah. Semasa aku 12, Ayah masih diintai gadis-gadis (kawan-kawan Mak Tamku) yang makan sehidang dengan aku semasa kenduri kahwin Pak Ngah Awang. Nanti aku tunjukkan engkau foto Ayah. Orangnya hensem banget !!
Jadi, kenapa lagu ini, ya ? Mungkin dekat part yang cakap, di malam terang cuaca ... yang hitam manis datang menjelma, kot. Sedih kan, part tu ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment