Agaknya sudah sejuta kali doa ini kubacakan untuk ibu bapaku, dan aku bacakan bersungguh-sungguh, lantaran ada bahagian untukku juga di dalam doa ini. Kalau aku saleh, doa ini akan sampai kepada keduanya insyaAllah. Bila aku mati nanti, tidak ada yang akan bacakan untuk aku, kerana tidak pernah ada anak yang pernah lahir dari rahimku ini. Kalau kau ada anak, ajarkan mereka bacakan untukmu. Jangan sampai lebih buruk jadinya bahagian untukmu nanti; punya anak, tapi tiada yang akan doakan untukmu kelak.
No comments:
Post a Comment