Thursday, May 29, 2014

suara dari lohong

Aku yakin bahawa dalam setiap diri kita ini, tidak kira sama ada kita sendirian dan keseorangan, mahupun telah berpasangan, atau sama ada kita tak pernah lepas daripada hiruk-pikuk anak yang ramai, ada satu ruang di dalam jiwa kita itu yang lohong kosong tak terpenuhkan. Aku tidak percaya bahawa pasangan yang cuba menampilkan diri mereka itu pasangan bahagia benar-benar bahagia. Di awal penyatuan mungkin, tetapi tidak setelah bertahun-tahun menghadap kejelekan pasangan. Jika tidak, masakan isteri yang baik setia warak gred A1 tiba-tiba dikejutkan mesej-mesej berbaur cinta berahi dalam telefon tangan sang suami, untuk perempuan lain !  Ahh… Aku katakan seseorang itu tidak boleh bercakap bagi pihak pasangannya.  Lohong ini boleh jadi begitu demikian sehingga boleh mendorong empunya diri untuk bunuh diri. Lohong ini mungkin terbentuk dek kerana keinginan yang tak terpuaskan. Atau lohong itu satu idam-idaman yang memangkinkan pencapaian satu mercu baru dalam hidup. Bergantunglah kepada terjemahan masing-masing tentang realiti hidup. 

No comments: