Monday, June 30, 2014

apa nenek buka ?

Tahun lepas sebab nenek berkampung di hospital, dan betul-betul bergelandangan depan CCU (tanpa mempedulikan larangan Mak Guard yang gambar-gambar tidur-ketika-bertugasnya nenek simpan supaya nenek boleh lapor dia kepada Pengarah pujaannya, jika perlu), semua makanan berbuka adalah beli 100% selama 21 hari. Tahun ni, strictly no bazaar ramadhan.

Apa nenek buka semalam ?

Ya Allah, banyaknya makanan. Meriahnyer buka puasa nenek.


 Ini agar-agar bunga batu (kononnyer lah), ianya Dome of the Rock yang berperasa manis. 
Simbah dengan susu sejat

coffee swill roll (tak makan pun), air tembikai. Tahun ini atas nasihat pakar , nak elakkan minuman deuretik


telur goreng, makan waktu sahur sebab dah penuh sangat

kurma


Inilah buka puasa nenek, nothing glamorous. Inilah yang nenek mahu, bukan yang macam lain. Seriously, nenek should improve on the presentation.

Apapun, seronok sangat puasa semalam.

No comments: