Tuesday, June 24, 2014

rava tosei with Mom, and beyond

Mom, will be 63 on this year's birthday. Definitely a pretty woman during her younger days.
Alas prettiness is not a trait that I inherit hu hu hu..

Saat-saat membahagiakan. Mak mai Seremban sebelum pergi Umrah, perkenalkan Mak dengan rava tosei dengan susu segar. Mak sukalah sangat. Next time Mak mai, nak bawak Mak pi sini lagi. 

sedaplah sangat... rava tosei ni, ceriter pun tak guna
Selera mamak ni memang kena dengan aku. Mak pun ok. Kenapa yek ? Padahal, kami bukan ada darah mamak pun. Kami hidup sebagai Melayu tulen, thoroughbred.. he he . Taklah, aku fikir Nek Dah (Nek Dah adalah Mom's maternal grandmother) bini Tok Nek Den poreh (Kedahan word for 'forest'; Tok Nek Den worked with Dept of Forestry) ada darah mamak (malas nak confirmkan, betul ke tidak).  Ada long story tau pasai Nek Dah ni..next time yer..

masa remaja, Mak pandai perah susu lembu sendiri. Aku boleh bayangkan tanah lapang sebelah tanah Wan Chen, tempat lembu Mak ditambat. Di medan itulah, Ayah intai Mak. Aku tidak hairan, kalau cinta berputik kala Mak sedang perah susu tu. Sebelah rumpun mengkuang. Mungkin Ayah sembunyi di celah-celah rumpun mengkuang itu. Atau Ayah sembunyi belakang batu batu nesan di jirat China atas bukit sebelah tanah lapang itu.

Masa aku umur sekitar lapan tahun, rumpun mengkuang itu masih ada. Tanah lapang itu pun ada laluan ke rumah Long Mat dan Denah Mat Gheh (much much later, aku renamekan Deanna Duras, sempena satu watak dalam cerita Daniele Steel yang aku pernah baca. Jahatnya aku..)

Banyak pesan mak yang praktikal, dan aku tidak ambil lewa,
contohnya Mak pesan, jangan sesekali picit jerawat di muka.
Muka Mak bersih tanpa jerawat, dan takde pigmentation macam sesetengah orang seusianya

Setelah Ayah tiada, Mak menjalani hidup sendirian.

Suatu hari kelak, semua seroja terluka itu akan hanya ada satu sama lain untuk bercerita kisah suka-duka. Semua seroja terluka itu akan berkumpul. Ya, aku pasti.


No comments: