Sunday, July 20, 2014

22 Ramadhan

Dalam suasana cuaca dunia diselubung kesedihan ini, angan-angan rayaku juga tidak panjang. Dalam pada orang bersedih, bagaimana boleh aku seronok suka. Aku yang tak punya siapa-siapa, masih terkesan dengan tragedi yang merundung orang lain. Lagipun, agaknya yang manis-manis tentang raya sudah pergi meninggalkan aku. Aku telah dilitup fasa baru dalam hidup.  Hari ini 22 Ramadhan genaplah setahun qamariyah Ayah pergi. Al-Fatihah untuk Ayah. Ingatan sering pula singgah di laman Mak, hanya ingin menemani Mak di lamannya kala ini.  Hilangkan gundahnya walau sedikit.

Oh ya, aku juga sedang ingin  memahami resonans tasbih makhluk-makhluk Allah.

Semalam : 18 Julai 2014

No comments: