Sunday, January 13, 2013

Terkenangkan Masa Dulu, Hatiku Merasa Rindu


This image is from Googe Image
Orang Melayu dulu-dulu agaknya sangat suka bernostalgia. Banyak pantun lama dapat dikumpul yang menggunapakai perkataan 'kenang' di dalamnya.  

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

Hendak gugur gugurlah nangka
Jangan menimpa si ranting pauh
Hendak tidur tidurlah mata
Jangan dikenang orang yang jauh

Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut tersebut
Budi yang baik rasa nak junjung

Ada satu pantun yang aku anggap paling 'daring'.

Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa saya dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Badan dan nyawa saya serahkan

Daring tak ?

Kota Melaka telah dirobohkan menjelang tahun 1900 oleh Inggeris dan Belanda. Yang tinggal dan terzahir sekarang hanyalah  secebis dari bahagian kota tersebut. Kota Melaka didirikan dengan batu-batu yang besar yang diangkut entah dari mana. Untuk merobohkannya, bahan-bahan letup telah digunakan.  Tentu tidak padan digantikan dengan papan dari Jawa sahaja sahaja. Betul tak ?





No comments: