Wednesday, February 6, 2013

diari nenek tua

Tidak lama lagi, aku akan jadi nenek. Membayangkan senario nenek itu, aku mahu jadi nenek yang sihat dan berhemah tinggi, disegani, dihormati dan disayangi. Memanfaatkan ramai orang sekeliling. Nenek yang ada banyak perkara untuk diajar kepada cucu-cucunya. Biar usia bertambah dengan gemalai. Uban memutih di kepala penyeri diri, tanda banyaknya pengalaman dan kebijaksanaan telah ditimba, untuk dimanfaatkan juga. Aku ingin sekali mencapainya.

Andai kasturi hilang harum, mawar akan masih berkuntum.. 
 
Itu pun kalau Allah beri umur yang panjang. Yang penting, aku sentiasa dalam keadaan bersedia untuk bertemuNya. Bila-bila sahaja masanya ya tuhanku.

No comments: