Sunday, March 3, 2013

How Far Have I Gone Astray ?

Apa yang kita tulis dengan sesungguh hati akan menzahirkan iman yang di dalam dada kita, secara yang tidak kita sedari. Atau mungkin juga hasil tulisan kita itu tidak lain hanya mendedahkan kontangnya iman dalam dada. Mungkin pembaca dapat membaca yang tersirat;  kita tidak sedar ada perkara lain yang dibaca oleh pembaca, tersirat antara baris ayat-ayat yang telah kita karang.

Terkadang pula kita tulis apa sahaja yang terlintas dalam fikiran. Kita berlaku jujur di dalam blog kita sendiri. Pembaca tidak hanya membaca yang baik-baik, yang muluk-muluk tentang kita yang sedang menulis tentang diri sendiri. Yang buruk-buruk pun ditulis juga. Lagipun bukankah riak namanya, kalau kita mahu kebaikan kita diketahui orang ?  Jadi, kita harus berhenti memuji diri. Tidak begitu ? Jangan pula mengeji diri sampai semua orang tahu aib kita. Nabi tidak ajar buat begitu.

Lainlah kalau blog anda tak ada siapa pun yang baca. Dalam keadaan itu, tulislah apa saja sebab memang tak de pun orang nak baca.

No comments: