Aku tanya Wahid tentang Prof Yunus yang asaskan Grameen Bank dan microcredit financing yang telah terima anugerah Nobel itu. Bila sebut Grameen Bank baru Wahid faham soalan. Wahid mengesahkan bahawa orang lelaki Bangla tidak diberi pinjaman ini. Dulu-dulu memang depa dapat. Betul la kut desas-desus.
Dah sebulan lebih tak jumpa Wahid. Nombor telefon Wahid aku simpan dalam hempon. Hari tu bila hempon jahanam, nombor-nombor penting semuanya lesap bersama hempon yang sudah kuhempuk. Yang lesap termasuk nombor Wahid. Rumput dah naik tinggi sehasta. Dia pun dah tak dak mai jenguk-jenguk muka. Entah-entah Wahid dah balik Bangladesh. Budak-budak ni pun mengesahkan tentang batang hidung Wahid yang dah memang tak nampak-nampak lagi.
Nak start enjin mower pun separuh mati. Ada mower pun tak guna. Nanti jadi headline pula "Nenek Tua Rebah Mati Cuba Hidupkan Enjin Mesin Rumput 5 kuasakuda".
Eee rasa macam nak beli je mesin potong rumput yang portable tu. Nanti mati rebah sebab mesin rumput pulak. Jadi headline lagi.

No comments:
Post a Comment