Sedikit masa lagi aku bakal mampu bercerita padamu tentang satu penipuan paling elegan. Penipuan paling halus kerana keseluruhan hidupmu selama ini adalah mempercayainya sebagai satu kebenaran yang mutlak. Ia tidak begitu sayangku. Mari kupimpin tanganmu ke satu tempat. Kita duduk dan bercerita mesra tentang terkelirunya kita dalam kabus enigma ini. Kita luahkan sendu dalam bicara paling akademia. Kau bakal faham, sayangku. Bahawa kita bakal bebas dari kabus ini ? Belum pasti, sayang. Kita terlalu tua untuk buka langkah seribu. Diplomasi mungkin ? Ya, mungkin.
No comments:
Post a Comment