Friday, January 11, 2013

Bawah Rumpun Bambu


 
 
This pic is from Google Image
 
 
Masa aku kecik-kecik, rumah kami dikelilingi pokok getah atas tanah orang. Pada musim daun getah luruh, daun-daun getah yang keemasan akan berguguran. Tiap-tiap hari kena sapu sampah kat luar lepas tu bakar daun kering. Pada masa itu, cuaca kering, berangin dan nyaman. Tidak lama lepas semua daun gugur, pokok getah akan menjadi dogol, dengan ranting-ranting berceragah. Kemudian  pucuk-pucuk baru akan tumbuh. Lepas tu pulak, pokok getah akan berbunga. Bau bunga getah sangat harum, sukar untuk aku ceritakan. Rasa tenang bila kita menghela baunya yang sepoi-sepoi di dalam udara sekeliling.
 
Sungguh rindu aku kepada zaman itu.  
 
Bila musim buah getah meletup, kami akan kumpul biji getah banyak-banyak. Main tuju-tuju dengan buah guli. Buat bulatan atas tanah. Letakkan biji getah dalam bulatan. Lepas tu ambil giliran untuk 'tuju' biji-biji getah itu ke luar bulatan, dengan guli besar. Siapa yang dapat keluarkan paling banyak biji getah, dialah yang menang.

Boleh juga lawan pecahkan biji getah. Tindihkan dua biji getah. Lepas tu pukul le dengan tangan. Biji getah siapa yang tak pecah dia yang menang. Sebab tu kami orang-orang kampung tangan kami kuat dan boleh buat macam-macam kerja kasar.

Paling mesti dibuat setiap musim buah getah luruh ialah main congkak. Buat set congkah atas tanah. Korek lubang le. Main le pakai biji getah. Kami akan main sampai tinggai habu. Syog giler !

Cam ni le kaedahnya. Duduk melepok atas tanah. Cuma, bebudak ni pakai guli.


This pic is from Google Image

 
Kadang-kadang aku kumpulkan biji-biji getah yang sama saiz; yang 'mone-mone' iaitu yang saiznya kecil dan comel. Simpan buat apa ntah.

Ni ha rupa biji getah.
 
This pic is from Google Image
 
Panjang juga cerita pokok getah ni ya ? Panjang lagi, lain kali aku sambung.
 

No comments: