Thursday, March 21, 2013

tentang rindu

I think it is fun taking the risk of publishing an unfinished poem, so here goes ..


bahawa aku rindu padamu, langit biru telah lama tahu
walau awan-gemawan masih bisik-membisik
tentang hangatnya rinduku itu, yang dalam sendu ia membeku
bayang bulan yang jatuh di tasik ungu
 sudah berkurun berhenti menghebah 
hikayat rindu yang telah jadi sejarah

tentang saratnya rinduku itu, sunyi dinihari telah lama tahu
walau  titis-titis embun masih tilik-menilik
kalau-kalau kasih kembali bertaut


(akan diubah-ubah, diracik-racik, dicarik-carik, no doubt..)

No comments: